<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=6904493&amp;blogName=A+LiFe+AnD+DrEaMz&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Ftomei.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Ftomei.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
.: A Piece of Me :.

Watashi no namae..Harukichi Ashida a.k.a Tomei...Chenta:Iemochi Aizawa a.k.a Tokane...

..Ordinary people with an extraordinary life..Willing to share...Love to make everyone happy.especially my dear beloved..

Memories .:Meh jengjalan:.
  • .:Kekenal Kekawan:. .:Tinggal pesan kat tuan rumah:.


    Credits:
    Layout By: Emoprincez
    Image Host: ImageShack Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    Thursday, November 30, 2006

    .:katil,sudoku,cat,aku dan dia:.


    Selepas seharian tido kat ruang tamu...
    (Melayan Chenta tgk katun sampai dedua pun terlentang kat depan tv..ke Chenta yang layan aku??)
    Akhirnya kami pun decide gi klua..
    Apa tujuan kami?
    Menambah harta benda dalam umah...
    Nak cari katil and lemari solek and meja tipon...
    Erm ...macam musykil je duit cukup ke tak...
    Tapa la...survey dlu ye tak?

    Tapi pencarian agak tak kesampaian..
    Mana la nak cari..gi furniture hunting dah nak dekat malam..
    masa limited..kedai tutup dah..
    Uhuhuhuh...sangat bijak la dedua ekor mangkuk berayun nih...

    Lastly g TESCO..
    tu pun gi sebab nak semayang maghrib...
    Terlanjur tuh aku ajak la Chenta pergi fovourite spot aku...MPH..
    Cari-cari..tada buku yang berkenan kat hati..
    Lastly aku teringat satu buku...
    SUDOKU...ahahaha
    Tanduk dah naik...first time aku main bender alah nih masa cuti skolah yang lepas..
    Angah aku suruh aku try..
    Lepas tuh terus addicted...
    Terus je aku sambar and bayo kat kaunter.

    Then Chenta ajak aku teman dia gi potong rambut..
    Memang rambut dia dah panjang pun...semak je mata aku..
    Walaupun sebenarnya tada lah panjang mana pun..
    TAh macam mana aku pun tersangkut kali kat saloon tuh..
    Aku buat treatment rambut..kopak poket aku..eisk..isk..
    Dalam rambut kene treatment tuh sempat la aku dok buat SUDOKU tuh..
    DAn berterusan sampai ke rumah..........

    DAn rancangan nak kemas bilik malam tuh terpaksa dibatalkan...

    Alert!Alert!
    .....I'm addicted again...................

    Nota kepala lutut Tomei:
    SUDOKU tuh puzzle logik guna nombo...kene letak nombor 1-9 dalam kotak 3x3.Kotak 3x3tuh ada 9.dan tak boleh ada nombor berulang....ehehehe..try la!

    |

    Tuesday, November 28, 2006

    .:My little pet fish:.

    salah satu reta yang aku borong kat IKEA
    (pensel tuh aku n Chenta rembat sebab benda alah tuh kiut sangat)

    "Yang..kita g IKEA nak?"

    Ha...???
    Bila saja Chenta menyebut nak ke menyinggah di IKEA..
    Aku terus merengek manja nak ke sana..(taktik tu.)
    Yeee....haaa....shopping...
    My favourite pastime hobby...
    Muahahah...
    Memang Chenta memahami..
    Itu lah first time I stepped in that big..huge...store..
    With lots of house stuff that 'must buy' by me..
    Dan aku sekali lagi aku tersengih manja ke arah Chenta...
    Tapi kali ni senyuman manja tuh tak berapa nak menjadi..

    "Sori...poket tak berapa nak available..."

    Alar..lupe plak ujung bulan...
    Tapi..
    Tak apa...aku tak kira..aku nak beli gak...
    Dan Chenta pulak sengih manja kat aku...
    Apa sengih-sengih!!!

    So..bertambah harta benda kat rumah kami yang agak 'kemarau'...

    Petang tadi..disebabkan kekurangan bunga dalam pasu yang kami dah beli di IKEA..
    (kes short budget nak beli bunga plastik ari tu...)
    Kami ke pekan mencari ikan Guppy...nak masuk dalam pasu tu...
    Very cute...actually Chenta cadang soh letak ikan mas..
    Tapi macam tak sesuai sebab pasu tuh kecik jek..so memerlukan ikan yang kecik je..
    So we decided to have Guppy instead..
    Semua ekor ada bintik...eiii...sangat kiut....
    Sampai rumah terus je aku mintak tolong Chenta masukkan dalam pasu a.k.a akuarium kecik kami tuh..
    Tapi empat ekor je ...
    Aku bagi nama Kipas(sebab ekor die kembang macam kipas),
    Comel(sebab badan die comel berbanding yang lain),
    Pendek(sebab aku rasa yang sekor tu ekor die pendek),
    Bintik(ekor die pendek dan ada bintik 2-3 jek)

    Tapi bila tengok macam kesian je kat ikan-ikan tuh...
    Sian sebab tak ada tempat ikan-ikan comel aku and Chenta; main kejar-kejar,main congkak...
    Uhuhuhu...cian kat depa..

    Nanti ekk... Tomei bawak akuarium yang kat rumah Abi
    Nanti korang bley main batu seremban,layang-layang, main teng-teng..bla..bla..bla..

    Nota kepala lutut Tomei:
    Projek seterusnya adalah berkaitan dengan tong cat di bawah..apa projek tersebut..kita tunggu dan saksikan..ehehehekoleksi terbaru kami...eheheh

    |

    Monday, November 27, 2006

    .:salam isnin:.

    miss you guys badly....

    Normally i dont blog hopping..
    But today just feel like it...

    Saja meninjau perjalanan kehidupan orang lain..
    Dan kesimpulan nya..kehidupan ini penuh warna warni..

    Hari ini aku berkunjung ke 'rumah' fysal
    sudah lama tak menjenguk cerita warna-warni kehidupannya..sudah buat renovation nampaknya...
    Dan entrinya kali ini agak menyentuh...mungkin aku yang paling terkebelakang untuk mengikuti kejadian nahas feri berlnggar tempoh hari..
    Dia bercerita tentang arwah Daniel dan baju rayanya..
    Cukup membuat aku tersentuh...
    al-Fatihah untuk arwah...

    Pergi juga menjenguk kerumah Archiq
    Kawan maya baru..hasil blog hopping aku..
    Rupanya salah seorang Geng Jurnal yang aktif..
    Wish I am the one of the active one..

    Jalan ke rumah Jebat Moden
    Salah seorang pelajar dalam sistem pelajaran negara..
    Yang sedang menghadapai peperiksaan besar..(mungkin dah habis)
    Tertarik dengan coretan nya yag ikhlas dan terus dari hati...
    Memang budak sekolah punya ayat pun...

    Ramai lagi...cuma tak sempat nak mencoret sesuatu...
    Sebab melayan kebosanan

    Arghh...
    Sebenarnya penat melayan kesunyian diri di rumah..
    Chenta kerja shift malam..
    Nak keluar..tak tahu ke mana...
    Layan majalah..malas plak...dah enam kali katam..
    ASTRO...sokmo je padam...biasa la..sattellite nih memang bergantung pada keadaan cuaca..

    I think I want to make my old friend a favour
    Maybe aku nye boring hilang..
    Nak edit gambar baby barunye untuk fotopages
    Yeah..that I should do...

    nota kepala lutut Tomei: Nak tengok The Red Kebaya and Cinta dengan Chenta nanti la....hopefully the films won't make my eyes shut with sleepiness

    |

    Saturday, November 25, 2006

    .:sekitar perkahwinan Cik Su:.


    Su...
    Kawan sewaktu di maktab..
    Dia yang lebih percaya dengan diri sendiri berbanding dengan yang bernama lelaki..
    Lelaki katanya..kadang kala menyesakkan..
    Aku setuju...dan kadangkala tidak dengan pendapatnya..
    Tapi dia juga pernah berkata..
    Setiap wanita ditakdirkan dengan yang bernama lelaki..
    Dan bukan bermakna seorang perempuan perlu bergantung dengan yang bernama lelaki...
    Woman perfectionist??


    Dia dan si dia???
    tetapi dia tetap membuktikan bahawa dia tidak perlu bersandar kepada sesiapa...
    Kadang-kadang aku rasakan dia terlalu ego...



    Su yang aku kenal..mahu segalanya yang pertama..
    Yang pertama katanya..membayang diri adalah terbaik..
    Yang kedua dan terakhir..bukan dirinya..
    Itu katanya...dan aku ...adalah yang terkhir..

    Apa pun...
    Aku hargai persahabatan dengan dia..
    Dia mengajar aku apa erti menjadi yang pertama..
    Dan percaya kepada diri...

    Yang penting hargai dia sebagai kawan...
    Selamat Pengantin Baru..semoga kau dianugerahi dengan rezeki dan kebahagiaan...


    nota kepala lutut tomei:
    banyak sangat la nak edit gambo..naik malaih plak...tgk ja la kat photopages ...

    |

    :.kopi pekat lagi:.

    Setelah menyedari bahawa kad pengenalan aku tidak ada pada tempat yang sepatutnya..
    Aku mula gelabah..
    Cuti sudah dekat..lesen sudah mau mati..
    Nak keluar duit lain kali ..
    Nak gi kursus ..
    Denda...
    Macam-macam yang aku pikir..

    Keluar dari tempat yang aku kerap kunjungi sewaktu ujung bulan aku terus ke kereta antik aku..
    Kad pengenalan perlu dicari...
    Walau apa yang berlaku..
    Apa jadi kalau benda alah tu tercicir semasa aku berjalan-jalan..
    Atau tercicir semasa aku menyelongkar khazanah dalam tas tangan..
    Dan kemudian kad pengenalan itu digunakan oleh seseorang..
    Yang berkemungkinan bakal memalsukan pengenalan aku..
    Dan apabila dia mati kelak..nama aku yang dia gunakan didaftarkan dalam sijil kematian...
    Dan kemungkinan juga dia membuat pinjaman yang besar dari bank..menyebabkan aku sebagai penama asal akan menanggung segala kemungkinan buruk ...
    (sangat pesimis....)

    Seingat aku aku ada membuat urusan di situ minggu lepas..
    Itulah kali terakhir aku 'bersemuka' dengan ia..
    Bermula dari situ aku mula memanjangkan kepala aku 'di situ' yang berkemungkinan aku telah meninggalkan 'harta' itu di situ..
    Argh...kacau...

    Kebetulan ada abang berbaju putih segak bersongkok di ruang legar pejabat urusan yang berkunci kerana menghormati waktu sembahyang jumaat...
    Sebaik sahaja dia menghampiri aku (pintu utama masih bertutup..)
    Aku: Assalamualaikum...maaf..saya tertinggal kad pengenalan di sini..
    Dia: Siapa?
    Aku: Tomei.......
    Dia:Urusan kaunter mana?
    Aku: Dua
    Dia:Sebentar..
    lima minit kemudian
    Dia:Maaf puan...tiada..
    Aku:Tiada...??
    Dia:Bila urusan puan?
    Aku: Minggu lepas 9 November..
    Dia:Pegawai lelaki atau perempuan..
    Aku:Kurang pasti..lelaki mungkin
    Dia: Mungkin perempuan..Ayu..
    Aku: Err..yer..mungkin..
    Dia: Saya akan tanya..pejabat buka pukul 2.30 petang
    Aku:Dia datang pukul berapa...maaf bertanya?
    Dia:Puan hendak ke pejabat?
    Aku:Er..Ye..(mungkin dapat berjumpa dengan cepat...)
    Dia:Begini...Puan cuba telefon pukul 2.30 nanti.
    Aku:Boleh dapatkan nombor telefon?

    Dia beri dan aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja..dengan hati yang sebal..
    Masih ada harapan...

    2.30 petang

    Aku: Assalamualaikum..saya nak tanya.Saya ada tercicir kad pengenalan minggu lepas.
    Di sana: NAma puan?
    Aku: Tomei..
    Di sana : Puan telefon sebentar lagi..saya akan tanya pada pegawai terbabit..

    2.45 petang
    Aku:Assalamualaikum...saya nak tanya pasal kad pengenalan..
    Pegawai:Puan telefon sebentar tadi?
    Aku: Iye..
    Pegawai: Saya dah tanya dengan pegawai terbabit..maaf puan tiada..
    Aku:Betul?(suara dah mula sedih)
    Pegawai: Sebentar puan saya akan tanyakan kepada pegawai yang seorang lagi
    Aku:BAik..
    ..dia bercakap dengan seseorang..gayanya seperti tiada...
    PEgawai:Boleh puan gambarkan bagaimana rupa pegawai yang puan berurusan?
    Aku:Lelaki..berjanggut...
    Pegawai:Rendang..kurus..tinggi lampai..gemuk pendek..ehehe
    Aku:(buat lawak plak)..gempal dan rendah
    Pegawai: Oh..Hj.Dot.Dot
    Aku: Haa...iyer..betul
    PEgawai: Saya tanya sekejap..
    ...macam tiada juga..
    Pegawai:Maaf puan..saya dimaklumkan id yang ada semuanya lelaki..
    Aku:ooo...tak apa la..
    Pegawai:Begini..puan tinggalkan nama dan nombor telefon..pihak kami akan hubungi puan sekiranya ada...sebab ada pegawai kami yang bercuti..
    Aku: Baik..Tomei..No.Tlefon 019-xxxxxxxx
    Pegawai:Assalamualaikum
    Aku: Waalaikumsalam..

    MAna perginya ..??

    5 minit kemudian..

    bip..bip..

    "Id puan ada di pejabat kami.Sila ambil segera"

    Alhamdulillah...
    tiada lagi kopi pekat...mungkin akan ditambah dengan susu ..

    |

    Friday, November 17, 2006

    .:kopi pekat tanpa gula...:.

    Kisah kopi pekat 1

    Bila ada saja yang mengganggu kira-kira dalam kepala otak aku..
    Aku terkadang mengalah dengan amarah aku...
    Pagi-pagi sudah mau "menyanyi" dengan riang di depan meja aku yang tinggal lebih kurang sejengkal setelah ditolak oleh 'penjajah' depan aku yang amat suka meletak barang-barangnya masuk ke kawasan jajahan aku...
    Alah bisa tegal biasa...jadi kalau ada binatang berbisa tumpang berteduh pun..boleh dianggap perkara biasa...tapi itu bukan halnya..
    Siapa yang tak geram..tak sempat nak melabuhkan penat menapak setiap kaki tangga sudah mau "menyanyi" riang...

    Maka situasi berikut berlaku..

    "Tomei, akak nak fail budak bla..bla..bla.."
    "Sekejap yek..saya baru je sampai"
    "Fail budak ni takda semalam....akak nak ikat cepat nak hantar kat bilik simpanan"
    "Ye saya paham..saya nak tarik nafas sebentar sahaja.."(masih dalam keadaan yang tenang)
    "Dah la budak tak datang...kerja banyak betul..budak balik cepat plak hari nih.Cepat laTom.. ..bla..bla..bla"
    Ehhhhhh..orang tua ni..dah la datang tak bagik salam...nak memekak plak die banyak kerja...ini dah lebih..tapi masih boleh bertahan...gambate kudasai..!
    "Tomei..cepat la..fail budak.."
    Ehhhhhhhhhh.....
    "Kak...paham tak.Saya penat naik tangga tak reda lagi. Sekurangnya ucapla selamat pagi ke..bagi salam ke....Sabarrrr!!!"

    Diam..

    "Ha...fail depa dah tadak..saya dah bagik semalam....nih ada dua fail..lain kalau tadak saya tak nak amik tau..akak tanya budak-budak tuh sendri.."

    Sapa suruh jolok sarang tebuan...

    Kisah kopi pekat 2...

    Disebabkan kerajaan menunaikan janji mereka dengan menunaikan bonus separuh gaji pertama pada awal bulan lepas...
    Maka belum pun sampai hari gaji...duit nya sudah kering kontang di dalam poket..
    Oleh sebab itu,
    Terpaksa aku mengorek beberapa sen yang ada untuk bekalan masa hadapan...
    (Lambat la nak gi haji macam ni...)

    Maka berlaku la situasi berikut...

    "Selamat tengah hari..."
    "Selamat tengah hari jugak.."
    "Nak korek tabuk puan?"
    "Ye...saya nak kuakan dari tabung gajah saya 35 sen.."
    "Boleh. Kad pengenalan puan.."
    "Sebentar..."
    Ehhhhhh...ajaib..tadak plak..
    Sekali lagi tengok....tada gak dalam beg duit..
    Lagi sekali tengok...ehhhhhhhh....memang tak ada la....

    "Er...pakai id lain boleh..."
    "Boleh..Lesen jentolak ada?"
    "Ada...."
    ......carik dalam keadaan gelabah kompem lambat jumpe...
    "Hilang jugak ke Puan?"
    "Errr...ha ni dia.."

    Ajaib gak..setau aku aku tak ada pakai bender alah kad pengenalan tu dalam dua tige menjak nih...
    Alhamdulillah boleh korek tabung pakai lesen...kalau tak.....jalan kaki pegi Melaka la jawab nye...

    Mana agaknye bender alah kad pengenalan tuh ekkk...

    bersambung...

    nota hati tomei:
    ........ngantukk..sambuk esok yeah...

    |

    Sunday, November 12, 2006

    .:jiwa kacau bahagian 1:.

    Majlis Berbuka Alumni PERMAJ UKM 2006

    what trouble me most these day???
    hmmm..that a tough question..

    aku tadak masalah dengan kerja aku...i'm happy with my job now..
    aku suka layan budak-budak..munkin sebab tuh aku ditakdrkan jadik cikgu..

    me @ work

    I'm excellent being a ibu tiri...uhuhuh...sebab tuh budak kelas aku agak disiplin berbanding budak kelas lain...tak caya tanya cikgu kelas lain..pergh..(garangnye aku!!)
    dan aku ada taik lalat kat tapak tangan..
    kata nenek aku org ada taik lalat kat tangan nih cepat tangan as melempang orang bukan nye mencuri tau...
    agaknye la..aku memang kuat mencubit..tak caya tanya Chenta...kekeke..

    masalah dengan kengkawan..??

    me and my pals

    Tadak masalah..
    got many friends..
    and great at making friends...
    itu kata kengkawan aku la..
    and I'm still in touch with my old skul's friend, uni friends..club friends..even my ex-boyfriend..
    mesra kan aku..??

    dengan Chenta...??

    me and my favourite teddy bear..muaks!!'

    biasalah..tapi we're trying to be a good hubby and wify...
    org kata dalam sesi suai kenal..keserasian tuh bukan sehari dua nak jumpa..kengkadang even nak ujung hayat pun masih lagi mencari keserasian...lama-lama okie la ...
    setakat nih..alhamdulillah...perang pun setakat baling-baling mercun je...
    tiada yang terkorban dalam pertempuran tersebut..

    tapi hati aku cukup terkilan tentang sesuatu
    bukan aku mintak untuk jadi macam nih...
    tapi kalau orang yang kita percaya dan kita sayang macam memperlekehkan kita untuk membuat sesuatu ..aku memang cukup terkilan...
    bukan aku mintak untuk sakit...
    dan bukan mintak untuk mis carriage satu masa dlu...
    aku fedup..bosan nak hidup dikelilingi dengan persoalan bila nak dapat anak..
    ape korang ingat aku tanak ke!!!!
    tayah la sampai nak soh aku amik anak angkat...
    tayah la sampai nak suruh aku ambik anak orang nak jadikan anak...
    tayah la cakap aku tak pandai jaga anak bila ada nanti...

    kadang-kadang aku rasa macam nak jerit je kat muka dierang..
    yang aku pasti dapat anak dengan izin tuhan...
    tuhan maha adil...

    sabar la hati...
    sabarla jiwa...
    aku tau aku bukan sempurna...tapi jangan la anggap aku ni macam org yang cacat...
    dan waktu ini memang jiwa aku tengah kacau...
    terasa yang aku sangat memerlukan kehadiran chenta di sisi aku...

    Yang aku betul harapkan...
    Sokongan dari suami tercinta..
    Persetankan mereka...bercakap tanpa berfikir!!!

    nota hati tomei:
    maaf kalau hun buat bie rasa kurang bila hidup bersama hun...

    |

    .:kembali menulis:.


    kembali semula untuk menulis..
    cerita raya aku??
    tak payah cerita la...bosan plak kang..
    tapi agak kurang meriah sebab dia tak ada di samping aku..
    raya memang tetap ceria...adik-adik aku tahun ni semua balik kampung...
    kucing kesayangan adik lelaki aku pun ikut balik kampung...
    lupa plak nak amik gambo kucing yang gemor kencing merata-rata tuh dengan baju raya dan anak-anak raya nye...

    cerita aku ...(11/11/06)

    kepala aku sakit semula pagi tadi...
    mungkin salah posisi tidur..atau memang penyakit aku...
    kata orang..sakit penghapus dosa kecil...kalau betul macam tuh.. alhamdulillah..
    malas nak ke klinik..aku tau jawapan yang sama mesti diterima...
    mungkin terlalu 'tense' dengan kesibukan di tempat aku..
    makin sibuk dihujung sesi persekolahan..
    minggu depan makin bertambah sibuk...

    simptom tekanan..
    pening kepala...magrain..
    loya-loya..
    sakit sendi...
    herm...aku mungkin penghidap penyakit alaf baru ni...

    pagi tadi lepas sembahyang subuh aku betul-betul lepaskan geram...
    aku tidur sampai pukul 3...lantak la...
    maaf..panggilan dan mesej anda tidak dilayan...

    tekanan...
    siapa tak tertekan bila yang disayang jauh dari sisi...
    tambahan..
    soalan-soalan yang paling menyesakkan kepala..
    anak??
    pindah??
    bila??

    jangan la tambah sakit jiwa aku.....
    jangan tambah sakit hati aku....

    |