<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=6904493&amp;blogName=A+LiFe+AnD+DrEaMz&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Ftomei.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Ftomei.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
.: A Piece of Me :.

Watashi no namae..Harukichi Ashida a.k.a Tomei...Chenta:Iemochi Aizawa a.k.a Tokane...

..Ordinary people with an extraordinary life..Willing to share...Love to make everyone happy.especially my dear beloved..

Memories .:Meh jengjalan:.
  • .:Kekenal Kekawan:. .:Tinggal pesan kat tuan rumah:.


    Credits:
    Layout By: Emoprincez
    Image Host: ImageShack Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

    Thursday, September 16, 2004

    Dalam hati ada apa?

    Sakit ke hati?
    Sakit tuh tada la kot.. tapi napa rasa lain. Mungkin tak suka dengan kehadiran orang lain dalam sesuatu perhubungan.Walaupun tau sebenarnya antara dia dan seseorang itu takda apa.. tapi kenapa mesti perlu ada sesuatu setiap kali nama seseorang itu di keutarakan.. cuba selidik semula.

    Menghabiskan memeriksa kertas soalan yang bertimbun memang menjadi masalah aku. Bukan apa..risau sebab style aku menanda aku lebih suka memberi komen daripada menanda dengan sebatang tanda pangakah atau tanda betul. Dan satu lagi aku lebih suka meneliti satu persati setiap bait perkataan yang tertera kat atas kertas jawapan. DAn disebabkan itu penandaan aku selalunya paling lewat sekali diserahkan.. Dan kadangkala paling aku takuti bila ada nota daripada 'parents' yang menulis "SILA SEMAK SEMULA MARKAH ANAK SAYA".
    Masuk nih dah dua kali aku dapat nota sedemikian. Kadangkala aku menjadi kedekut nak bagi markah. Takut anak didik aku terlebih confident dan mereka langsung tidak mengendahkan apa yang aku betulkan dan apa yang patut mereka lakukan lain kali.. ader lagi satu skrip jawapan yang masih belum aku tanda.. dan esok aku bercadang nak buat persembahan ucapan umum sahaja..makanya aku ada masa untuk menanda kertas yang tak rupa kertas tuh.

    Malam tadi lepas dia bercerita tentang seseorang,aku jadi tak keruan.Kenapa? Aku pun susah nak jawab soalan tuh.
    Cemburu?
    Erm..Kalau aku nafikan maknanya aku menjadi hipokrit..kalau aku mengaku aku sebenarnya belum ada hak mutlak nak berasa begitu..lagipun cemburu tak bertempat namanya. Tapi aku hairan,secara optimistiknya mungkin dia hendak melepaskan rasa geramnya kepada orang lain dengan menggunakan dia sebagai seseorang yang boleh membantu. TApi seseorang itu kengkadang aku rasakan seperti dah melampaui batas.Terlalu rapat ke mereka tu.. Itu bukan sempadan aku yang perlu aku selidiki.. tapi ... entahlah..

    Biar la.. aku cuba menjadi si optimis.. Malas nak pikir beberat..

    |

    Saturday, September 11, 2004

    ..kekok nak berkokok..

    lama gak yek tak masuk bender alah nih..
    bukan merajuk atau apa..
    sejak kejadian modem meletup dipanah petir,aku jadi malas pulak.dah terbiasa tak masuk dalam tempoh masa seminggu..bile dah beli modem baru rasa macam tak pedulik plak bender alah nih..
    kepada yang menunggu dan yang tertunggu...(ada ke yang menunggu..?)hasil nukilan aku nih..chewah..nukilan tuhhhh.. sowi le..aku try jadik rajin nanti ekk..
    to my baby..
    after this you will have stuff to read..

    aper cerita ekk...?
    eheh..byk cerita...tapik tak bley citer sekarang...
    nanti kalau jadi aku cerita panjang lebar..
    tapi ringkaskan cerita aku bz due tige menjak nih..
    salah satu sebab aku tgh sibuk training bola jaring..petang tadi jer aku dah berenang tengah padah...mak aii..malu nye jgn cakap la.tapi tak bley nak salahkan aku gak..hah!nak ngutuk le tuh..padang basah le beb..baru lepas ujan..kasut plak pakai kasut joging..hah terima le habuan nye...makcik-makcik yang satu team dengan aku tuh plak,bley rilek baju tak basahkan..tetiba rasa malu yang melampau..main tak seberapa tapi basahnye ngalahkan orang mandi kat kolam renang..

    pg tadi g library..
    bukannye belajar sgt pun..byk nye aku bebual dgn ell..
    isk..kalau jumpe ell mana bley duduk diam..ader je bender nak buat lawak..
    bender tak lawak pun jadik lawak..tah ape-ape..
    yang tak best tuh asik aku jer kene perli..
    asal salah cakap skit..kompem die perli balik.."camni nak jadik isteri orang?"
    pergh...panas...

    petang plak g makan ngan rizal somi si siti..
    siti ader sekali la..gilo ko nak kuar berdua ngan somi orang..hahaha
    rizal bawak hamka n sorang kawan die tah sapa tah nama die aku tak ingat..makan nasik tomato...best gak.
    bertambah best bile ader org belanja..ahahaha

    key lah aku nak edit skit 'teratak comel aku nih'
    kasik touch up...



    |